2 Tahun Gantung Tak Bertali

Assalamualaikum semua,

Entah apa yang membuatkan hati tergerak untuk mengintai blog lama aku ni yang lebih 2 tahun aku tinggal dan gantung tak bertali.. 2 tahun satu tempoh yang sangat lama dan selamat aku masih ingat lagi login dan password untuk masuk kedalam admin page blog ni.. kalau tidak memang tak dapatlah aku nak tinggalkan sedikit coretan dalam ni..

biarkan ku menyediri

biarkan ku menyediri

Sempena bulan ramadan ni dan tidak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya.. saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini..

Berhati-hatilah pulang kekampung bagi yang bawa kenderaan sendiri tu.. ada usia yang panjang kita bertemu lagi di post yang seterusnya..

Salam Hari Raya dari admin..

Categories: sembang | Leave a comment

Update Blog Guna Windows Live Writter Waktu Blogspot Down

Salam semua,

Rata-rata semua blogger blogspot merungut dek gara-gara banyak entri yang terpaksa ditunda untuk dipublish kerana masalah server blogspot sedang dinaik taraf dan telah hampir 24 jam mengalami breakdown.

Nasib baiklah aku ada satu blog backup yang aku pernah setup dalam platform wordpress so bolehlah aku baut entri dalamni.

Tak terkecuali aku punya blog utama di www.myvitrd.com terpaksa berehat sehari.. bukan itu sahaja entri yang aku buat semalam (12/5/11) juga telah didelete oleh pihak blogspot ekoran maintenance yang mereka sedang buat.

So dalam pada masa terluang yang ada tu.. aku gunalah untuk buat blogwalking ke blog rakan-rakan yang aku rasa dah lama aku tak buat blogwalking ni.

Bukan tu sahaja aku baru je siapkan draf entri untuk blog aku tu untuk dipublish apabila blogspot dah up nanti.

Tentu korang nak tahu aku guna apa buat draf entri tu sedang nak login pon tak boleh dalam blogspot tu?

Sebenarnya aku guna perisian Windows Live Writter untuk membuat entri selama ni.

Windows Live Writter

Keistimewaan yang ada dalam windows live writter ni adalah korang boleh mengarang entri korang terlebih dahulu walaupun tanpa sambungan internet.

Entri yang korang buat tu akan disimpan sebagai draf dan apabila ada internet connection korang hanya tinggal tekan butang publish dan entri yang korang buat tadi akan dipublish terus ke blog korang.

So andai kata korang ada banyak idea yang korang nak publish di blog, apa kata korang karang entri-entri korang tu menggunakan Windows Live Writter.

Perisian Windows Live Writter boleh didownload secara percuma di sini

** Apa korang rasa bila sehari korang tak dapat update Entri?

Categories: sembang | 4 Comments

Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.